Maksud Istikharah :

Maksud Istikharah ialah kita meminta bantuan Allah S.W.T untuk membuat pilihan dalam pelbagai perkara dan urusan. Menurut hadith yang dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam sahihnya dengan sanadnya daripada Jabir radhiyallahu 'anhuma, beliau berkata :

Rasulullah S.A.W bersabda :

Apabila sesiapa dikalangan kamu diberatkan oleh sesuatu maka hendaklah dia rukuk dengan dua rukuk(mengerjakan solat dua rakaat) yang selain daripada solat Fardhu (yakni menunaikan solat dua rakaat dengan niat Istikharah)

Kemudian berdoa lah :
Ya Allah aku beristikharahkan Engkau dengan ilmu-Mu dan aku juga memohon ketetapan dengan ketetapan yang bersandarkan kurniaan-mu Yang Maha Agung. Engkau lah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu  untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkau lah Yang Maha Mengetahui tentang perkara-perkara yang tersembunyi. Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini adalah baik untukku pada agama, kehidupan dan kesudahanku pada masa kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia untukku dan mudahkan lah ia bagiku.
Kemudian berkatilah bagiku di dalam pilihan ini. Dan andai kata pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku pada masa kini dan akan datang, maka hindarkan lah ia daripada ku, dan hindarkan lah aku daripadanya. Tetapkan lah bagiku kebaikan dan jadikan lah aku redha dengannya.

Istikharah Cinta :
Cinta adalah sifat semulajadi ataupun fitrah bagi manusia.

♥ Asal cinta itu milik ALLAH.. ♥ Perginya cinta dengan izin 

ALLAH.. ♥ Hilangnya cinta atas 

kehendak ALLAH.. ♥ 

Dicinta dan mencintai anugerah dari ALLAH.. ♥

Tidak salah sekiranya mencintai sesama makhluk, tetapi jangan lah sampai melalaikan. Jika tidak pasti dengan pilihan yang ingin dibuat, minta lah petunjuk daripada-Nya. InsyaAllah, akan dipermudahkan segala urusanmu.

Adab Beristikharah :
  1. Mengosongkan hatinya daripada mengikut hawa nafsu dalam membuat pilihan.
  2. Mestilah menyerahkan sepenuh pilihannya kepada Allah S.W.T.
  3. Hendaklah sentiasa redha kepada Allah S.W.T dengan setiap yang telah ditakdirkan untuknya kerana setiap perkara itu pasti ada rahsia dan hikmahnya yang tersembunyi.
  4. Sentiasa yakin bahawa hasil daripada istikharah itu adalah bimbingan daripada Allah S.W.T kepada hamba-Nya dalam memperbaiki diri dan mendapatkan kejayaan di dunia dan akhirat,
  5. Beristikharah kepada Allah S.W.T dengan hati yang penuh sedar, yakin dan percaya bahawa Allah akan memakbulkan setiap pilihan dan memberikan yang terbaik dalam hidup.

# Ingatlah, Allah S.W.T sentiasa berikan sesuatu yang kita benar-benar perlukan, bukan yang kita inginkan. Kerana hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita.