Jodoh…

Renungkanlah sedalam-dalamnya................... 

Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya.
Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. 
Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. 
Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. 
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. 
Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. 
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. 
Allah Maha Mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. 
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. 
Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. 
Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.
Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya orang itu. 
Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. 
Begitu juga bila melihat orang yang beristeri cantik, pastinya kita akan menyangka orang itu bahgia.
Hakikatnya hanya Allah Yang Tahu 
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. 
Semua benda, pasti ada baik buruknya.
Demikian juga perkahwinan. 
Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai
saluran yang betul untuk melepaskan syahwat 
disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk
sebab ramai orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. 
Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? 
Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, 
memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. 
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. 
Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. 
Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, 
akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Allah dan menjadikan syurga sebagai matlamat. 
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.
Berkahwin itu melengkapkan diri manusia dan memenuhi naluri dirinya
Berkahwinlah anda demi Allah dan Nabi-Nya, bukan berkahwin
kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. 
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. 
Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." " 

`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. 

Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.

Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. 

Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`



2 comments:

Nur Iman said...

Saya minta kpd TUHAN setangkai bunga segar, TUHAN beri kaktus berduri, sy minta kupu2, diberi ulat bulu, sy sedih dan kecewa… namun kemudian, kaktus itu bbunga indah sekali dan ulat itu manjadi kupu2 yang cantik , itulah jalan TUHAN, indah pd masaNYA, TUHAN tidak memberi apa y kita harapkan, tp DIA mberi apa y kita perlukan, kadang-kala kita sedih, kecewa, terluka, tp jauh di atas sana segalanya DIA telah mengatur y terbaik dlm khidupan kita.

Nur Fatin Atika said...

so sweet of u..
like hg pny ayat nih... suke..

Post a Comment

KOMEN LARH SKIT YER